suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liat buat bayaran, Sazzy Falak beri masa sampai minggu depan atau bakal saman!

Sazzy beri ruang sebelum ambil tindakan.

PELAKON dan pengacara Sazzy Falak meluahkan rasa kecewa terhadap sebuah syarikat yang didakwa masih gagal melunaskan pembayaran untuk penglibatannya dalam satu tawaran kerja.

Lebih mengecewakan, menurut Sazzy, 45, situasi sebegitu jarang berlaku sepanjang dia berkerjaya dalam dunia seni.

"Kenapa susah sangat nak beri bayaran saya? Sepanjang 26 tahun berada dalam industri, tak pernah ada syarikat yang tangguh bayaran selambat ini. Saya harap awak tahu awak siapa," katanya dalam satu hantaran di Threads pada Khamis.

Perkongsian Sazzy di Threads. 

Membalas di ruangan komen, Sazzy juga menegaskan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika masih gagal membuat bayaran.

Dalam masa sama, dia memberitahu pihaknya sudah menyediakan dokumen berkaitan tawaran berkenaan sebagai persediaan langkah susulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Elliza Razak tuntut artis wanita bayar hutang tunggakan kereta lima bulan, berang nombor kena ‘block’… “Dah bagi pinjam saya pula kena maki” 

ARTIKEL BERKAITAN: Shima Anuar tuntut hutang RM1.5 juta, sedia dedahkan senarai nama termasuk suami artis

"Hanya nak meluahkan perasaan, tetapi jika minggu depan masih tidak ada apa-apa saya akan ambil tindakan," ujarnya.

Pelakon ini juga mendakwa pihak berkenaan seolah-olah sengaja menangguhkan bayaran dan membuat janji palsu berhubung perkara itu.

Sazzy harap pihak berkenaan tampil membuat bayaran. 

Sazzy juga menegaskan pihak terbabit bukanlah sebuah syarikat besar atau dikenali ramai.

"Dia ada respons dan berjanji. Lepas itu hilang untuk dua minggu sebelum respons dan buat janji lain," jelasnya.

Artikel Lain