suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami tak sokong hasrat pakai ‘braces’, rela tengok gigi isteri lompong daripada keluar duit - “Bukan ada siapa peduli pun”

Suami mahupun isteri sewajarnya mengambil kira pandangan pasangan sebelum mengeluarkan kata-kata yang boleh mengguris hati. -Gambar hiasan AI

PENAMPILAN diri sememangnya menjadi antara perkara diberi perhatian kebanyakan wanita termasuk dalam kalangan mereka yang sudah berumah tangga.

Keinginan seorang wanita menjaga penampilan juga bukan semata-mata mahu kelihatan cantik tetapi turut melibatkan keselesaan dan keyakinan diri.

Namun lain pula kisah wanita ini apabila hasrat memakai pendakap gigi atau braces tidak mendapat persetujuan suami malah jawapan diberikan menggores hati.

"Valid ke perasaan sedih aku ini? Aku ada cakap dengan suami, aku nak buat braces gigi bawah sebab ada sebatang gigi ini senget dan tajam. Bibir kerap luka sebab terkena gigi itu. 

Bertolak ansur serta mengamalkan komunikasi yang baik dapat mengelakkan salah faham dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI

"Bukan minta nak buat terus tau. Baru je cakap-cakap gitu. Suami aku balas, cabut je la gigi tu," tulisnya dalam hantaran di Threads. 

Apa membuatkan dia terkilan, suaminya seolah-olah tidak memahami kebimbangan mengenai penampilan dirinya jika gigi berkenaan dicabut.

Malah, kata-kata dilontarkan juga membuatkan wanita itu berkecil hati kerana dirinya seperti tidak dihargai suami sendiri.   

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku tahan je air mata” - Isteri tersentak suami berkira bab makan, bising tambah pesanan sup cendawan RM5

ARTIKEL BERKAITAN: Tak culas tapi berkira pula! Isteri teringin makan stik, suami tolak duit nafkah bulanan... Wanita terfikir kembali bekerja enggan jadi beban

"Aku cakap, nanti lompong la dekat situ. Hodoh la tak ada gigi. Dia cakap biar la lompong pun, bukan ada siapa peduli pun," ujarnya.

Lebih mengecewakan, wanita itu turut membandingkan sikap suaminya terhadap permintaan berkenaan dengan layanan diberikan kepada adiknya yang turut mendapatkan rawatan pendakap gigi.

"Padahal adik dia minta duit bulan-bulan untuk appointment braces senang-senang je dia bagi," luahnya lagi. 

  • Seorang wanita sedih apabila suaminya tidak bersetuju dengan hasratnya untuk memakai pendakap gigi.
  • Ujarnya, kedudukan sebatang gigi bawah yang senget dan tajam menyebabkan bibirnya kerap terluka.
  • Suaminya mencadangkan supaya gigi itu dicabut malah mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati wanita berkenaan.
  • Dia terkilan apabila suaminya memberikan wang kepada adiknya untuk rawatan braces, tetapi tidak menyokong hasratnya.
  • Netizen berpendapat pasangan sepatutnya saling menyokong dalam soal penjagaan diri dan kesihatan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap wanita berkenaan.

Bagi mereka, setiap pasangan sepatutnya saling menyokong dalam perkara berkaitan penjagaan diri, apatah lagi apabila ia turut membabitkan penampilan dan kesihatan.

"Menyampahnya lelaki macam ni. Apa susah sangat nak guna akal fikiran untuk berfikir dengan betul.

"Suruh dia kahwin dengan adik dia, sis," komen netizen. 

Artikel Lain